Ads 468x60px

"My MISSION is Keeping the Families Together by Providing the Gift of Love and Peace of Mind, Creating Wealth and Financial Protection, Dignity and a FUTURE to all the Loves Ones"

September 09, 2011

Berjumpa Kawan Lama

Salam

Pada hari rabu yang lepas (07/09/2011) saya menghala ke Kuala Lumpur untuk ke ibupejabat Takaful EHSAN di Jalan Raja Chulan. Nak gi submit borang kontrak agen serta submit kes kat sana. Kebetulan masa tu dalam pukul 10am....belum sarapan lagi. Jadi saya singgah di hentian R&R Nilai....nak pekena nasi lemak power sambil pekena teh tarik kat sebelah kedai ujang.
Sedang menikmati sarapan pagi, saya perasan ada dua org anggota polis trafik berdiri dihadapan saya sambil memandang kedalam gerai tersebut....agaknya nak makan nasi lemak power juga kot! Saya kenal mereka....yang seorang adalah saudara saya, yang sorang lagi adalah kawan saya sejak dizaman sekolah rendah sampai sekolah menengah. Saya pupn tegur dia & kebetulan masih lagi suasana aidil fitri, kami sempat bermaaf-maafan. kami pun borak seketika sambil bertanya khabar....al maklum lah...dah lama tak jumpa. Mereka dalam perjalanan ke Bukit Aman untuk menghadiri mesyuarat.

Your Comment