Ads 468x60px

"My MISSION is Keeping the Families Together by Providing the Gift of Love and Peace of Mind, Creating Wealth and Financial Protection, Dignity and a FUTURE to all the Loves Ones"

September 09, 2011

Berjumpa Kawan Lama

Salam

Pada hari rabu yang lepas (07/09/2011) saya menghala ke Kuala Lumpur untuk ke ibupejabat Takaful EHSAN di Jalan Raja Chulan. Nak gi submit borang kontrak agen serta submit kes kat sana. Kebetulan masa tu dalam pukul 10am....belum sarapan lagi. Jadi saya singgah di hentian R&R Nilai....nak pekena nasi lemak power sambil pekena teh tarik kat sebelah kedai ujang.
Sedang menikmati sarapan pagi, saya perasan ada dua org anggota polis trafik berdiri dihadapan saya sambil memandang kedalam gerai tersebut....agaknya nak makan nasi lemak power juga kot! Saya kenal mereka....yang seorang adalah saudara saya, yang sorang lagi adalah kawan saya sejak dizaman sekolah rendah sampai sekolah menengah. Saya pupn tegur dia & kebetulan masih lagi suasana aidil fitri, kami sempat bermaaf-maafan. kami pun borak seketika sambil bertanya khabar....al maklum lah...dah lama tak jumpa. Mereka dalam perjalanan ke Bukit Aman untuk menghadiri mesyuarat.




Saya agak terkejut sebab kawan saya ni (Kopral Latif) baru saja seminggu masuk kerja semula setelah rehat selama 3 bulan.....beliau telah melakukan pembedahan pintasan koronari jantung disebabkan 3 saluran nya tersumbat. Saya terfikir...penyakit ini kalau nak menyerang tak kira usia, padahal kawan saya ni masih muda, awal 40an. Saya terlupa nak bertanya berapa kos pembedahan tersebut tapi saya pasti mmg tak lari dari RM30,000 ~ RM40,000. Cuma beliau beruntung sebab sebagai kakitangan kerajaan, segala-galanya ditanggung. Kalau bukan? Kalau tak ada medical takaful? Kalau tak ada medical card? Sapa yang nak tanggung?
Saya teringat semasa saya ditahan wad tahun lepas selama 9 hari di KPJ Seremban kerana gangguan kesihatan, total bilnya adalah RM10,800 tapi syukur alhamdulillah......segalanya ditanggung. Betapa pentingnya medical card kepada kita semua.
Berbalik kepada kawan saya tadi......alhamdulillah beliau kini dapat menjalankan tugas seperti biasa. Juga dah pun berhenti merokok...(atas nasihat doktor la tu....). Semoga dia terus sihat & terus dapat menjalankan tugas seperti biasa.

Jadi kepada semua sahabat, kenalan, kawan, saudara-mara diluar sana.....jangan la kerana nak kedekut, sanggup meletakkan risiko kewangan di dada-dada akhbar suatu hari nanti kerana memohon sumbangan org ramai utk membiaya kos rawatan & pembedahan. Mulakan sekarang.....menyumbanglah sekarang....untuk mendapatkan medical takaful dari kami di EHSAN......

0 comments:

Post a Comment

Your Comment