Ads 468x60px

"My MISSION is Keeping the Families Together by Providing the Gift of Love and Peace of Mind, Creating Wealth and Financial Protection, Dignity and a FUTURE to all the Loves Ones"

September 09, 2011

Berjumpa Kawan Lama

Salam

Pada hari rabu yang lepas (07/09/2011) saya menghala ke Kuala Lumpur untuk ke ibupejabat Takaful EHSAN di Jalan Raja Chulan. Nak gi submit borang kontrak agen serta submit kes kat sana. Kebetulan masa tu dalam pukul 10am....belum sarapan lagi. Jadi saya singgah di hentian R&R Nilai....nak pekena nasi lemak power sambil pekena teh tarik kat sebelah kedai ujang.
Sedang menikmati sarapan pagi, saya perasan ada dua org anggota polis trafik berdiri dihadapan saya sambil memandang kedalam gerai tersebut....agaknya nak makan nasi lemak power juga kot! Saya kenal mereka....yang seorang adalah saudara saya, yang sorang lagi adalah kawan saya sejak dizaman sekolah rendah sampai sekolah menengah. Saya pupn tegur dia & kebetulan masih lagi suasana aidil fitri, kami sempat bermaaf-maafan. kami pun borak seketika sambil bertanya khabar....al maklum lah...dah lama tak jumpa. Mereka dalam perjalanan ke Bukit Aman untuk menghadiri mesyuarat.

August 26, 2011

Kisah budak penjual kuih

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

August 21, 2011

PELUANG KERJAYA BERSAMA TAKAFUL EHSAN

Anda seorang yang POSITIF ?
anda ingin MENINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN SEKARANG?
anda ingin menceburi KERJAYA PROFESIONAL ?

JIKA YA!
ANDA LAH YANG KAMI CARI !
Sertai kami hari ini di..
sebagai
PROFESIONAL TAKAFUL ADVISOR
(sepenuh masa/sambilan

August 15, 2011

Kisah Disebalik Takaful Basic Examination (TBE)

Assalamualaikum...

Pada 13hb Aug 2011 (sabtu) yg lalu, saya berkesempatan ke ING Klang untuk support bakal Takaful Advisor saya menduduki exam TBE. Exam tersebut memang diadakan di premis ING Klang sendiri. Kami antara yg terawal sampai disana & memang menjadi tabiat saya dtg awal walaupun exam tersebut bermula jam 10.30am.
Bukan apa, memang kami tak pernah sampai pun disana so kami dtg awal supaya kalau tersesat, kami masih ada masa yg cukup utk mencari lokasi atau untuk mengelakkan kesesakan lalulintas....


August 13, 2011

EHSAN 1st Agency Leaders Workshop 2011

Assalamualaikum...

Dibawah ini disertakan gambar-gambar sewaktu 1st Agency Leaders Workshop yang diadakan di Selesa Resort, Bukit Tinggi, Pahang pada 6 ~ 7 July 2011 yang sempat di edit sedikit sebelum dipaparkan disini. Seramai 29 Agency Leader termasuk Yg Bhg. En. Saiful Yazan selaku CEO EHSAN, En. Hakem, En. Faizul & Cik Mardhiah menghadiri sesi tersebut selama 2 hari.


Barisan Group Agency Manager, Unit Manager serta Management Team Takaful Ehsan. Ini adalah barisan leader yg pertama di EHSAN, yg akan dikenang sampai bila-bila.

CEO Takaful Ehsan, Yg Bhg. En. Saiful Yazan.....very simple man....

August 08, 2011

Our Corporate Video

Just duduk relek.....saksikan video korporat TAKAFUL EHSAN

Perjalananku bermula.....

Assalamualaikum....

14 June 2011....tarikh yg takkan kulupakan dimana hari itu aku membuat satu tindakan drastik. Hari tersebut lebih kurang pukul 2.00pm aku telah hantar surat ke MAA Takaful Bhd melalui customer service counter, iaitu surat "Termination of Contract" (surat berenti la...) sebagai Agency Leader & Takaful Consultant. Saja je hantar through customer service...malas nak naik ke tingkat 15 office MAAT...nanti kang jumpa ramai kawan, banyak soalan perlu dijawab. Tindakan yg dibuat ini menyebabkan aku akan kembali ZERO income. Tiada sumber pendapatan, tiada bantuan kewangan dari mana-mana pihak. Tapi ini adalah pilihan aku sendiri, keputusan aku sendiri...tiada paksaan dari mana-mana pihak atau apa saja yg boleh terlintas difikiran org lain

Your Comment