Ads 468x60px

"My MISSION is Keeping the Families Together by Providing the Gift of Love and Peace of Mind, Creating Wealth and Financial Protection, Dignity and a FUTURE to all the Loves Ones"

August 15, 2011

Kisah Disebalik Takaful Basic Examination (TBE)

Assalamualaikum...

Pada 13hb Aug 2011 (sabtu) yg lalu, saya berkesempatan ke ING Klang untuk support bakal Takaful Advisor saya menduduki exam TBE. Exam tersebut memang diadakan di premis ING Klang sendiri. Kami antara yg terawal sampai disana & memang menjadi tabiat saya dtg awal walaupun exam tersebut bermula jam 10.30am.
Bukan apa, memang kami tak pernah sampai pun disana so kami dtg awal supaya kalau tersesat, kami masih ada masa yg cukup utk mencari lokasi atau untuk mengelakkan kesesakan lalulintas....




Sepanjang saya berada disekitar ING Academy (Training Centre) itu...saya menyaksikan kehadiran calon-calon yg akan mengambil TBE. Menurut Kak Ani, staff yg bertugas hari itu seramai 79 org calon hadir utk menduduki exam tersebut. Memang ramai & mereka adalah existing agent dari ING sendiri. Mungkin juga ada calon-calon baru yg direkrut oleh leader-leader dari ING...tak tau la!
Tetapi apa yg saya nak kongsi disini adalah daripada 79 org itu cuma 2 org saja yg saya nampak & kenali mereka itu berbangsa Melayu....agent saya serta seorg lagi wanita dari group cina rasanya. Saya tertanya-tanya, mana perginya anak-anak melayu? Tak berminatkah mereka untuk membina kerjaya sebagai Takaful Advisor ni? Padahal exam yg diaorg ambil tu adalah TAKAFUL BASIC EXAMINATION.
  Saya hairan...kenapa anak-anak cina & anak-anak India berebut-rebut mengambil peluang ini walaupun terpaksa menduduki peperiksaan yg saya rasa begitu sukar buat mereka.....yer la....kena memahami beberapa istilah dalam bahasa arab seperti Gharar, Maisir, Mudharabah, Wakalah serta banyak lagi istilah-istilah yg tak pernah bermain dibibir mereka. Tapi mereka harungi juga kerana mereka nampak peluang yg begitu besar dalam industri ini.....KENAPA ANAK MELAYU/ISLAM tidak nampak?

0 comments:

Post a Comment

Your Comment