Ads 468x60px

"My MISSION is Keeping the Families Together by Providing the Gift of Love and Peace of Mind, Creating Wealth and Financial Protection, Dignity and a FUTURE to all the Loves Ones"

August 08, 2011

Perjalananku bermula.....

Assalamualaikum....

14 June 2011....tarikh yg takkan kulupakan dimana hari itu aku membuat satu tindakan drastik. Hari tersebut lebih kurang pukul 2.00pm aku telah hantar surat ke MAA Takaful Bhd melalui customer service counter, iaitu surat "Termination of Contract" (surat berenti la...) sebagai Agency Leader & Takaful Consultant. Saja je hantar through customer service...malas nak naik ke tingkat 15 office MAAT...nanti kang jumpa ramai kawan, banyak soalan perlu dijawab. Tindakan yg dibuat ini menyebabkan aku akan kembali ZERO income. Tiada sumber pendapatan, tiada bantuan kewangan dari mana-mana pihak. Tapi ini adalah pilihan aku sendiri, keputusan aku sendiri...tiada paksaan dari mana-mana pihak atau apa saja yg boleh terlintas difikiran org lain
.


Dah selesai staff tu cop kedua-dua surat, aku ambil satu, tinggalkan kat counter satu salinan untuk dia send ke tkt 15. Then aku pun bergerak keluar dari MAA building nak menghala ke Jalan Raja Chulan. Ternampak juga CEO & AVP MAAT sedang makan di lobbybersama dgn seorang agency leader....tapi aku buat tak tau je...
Sampai di Jln Raja Chulan, terus naik ke tkt 3 Menara Boustead....disitulah letaknya Pejabat Urusan sebuah syarikat takaful operator yg baru iaitu ING PUBLIC TAKAFUL EHSAN atau lebih dikenali TAKAFUL EHSAN saja.

Selepas sesi presentation oleh Retail Business Manager, En. Faizul maka upacara menandatangani kontrak pun bermula. Sesi tu dihadiri oleh dua org lagi agency leader dari MAAT (nama tak leh sebut sini....bahaya) tapi yg sain kontrak nya cuma aku.....diaorg nak fikir dulu.....
Lebih kurang dalam pukul 4.30pm maka telah termeterai satu kontrak baru di Takaful Ehsan sebagai Group Agency Manager. Terima kasih En. Hakem, En. Faizul & Cik Mardhiah kerana banyak membantu.

Bermula dari sini, aku bertekad untuk melakukan perubahan dalam hidupku....biar payah macamanapun, biar sukar sekalipun...aku akan hayun langkah ini bersama-sama dengan EHSAN. Seperti kata pepatah "membujur lalu, melintang patah", akan kuhayun jua langkah ini walau dengan serba kekurangan...

Disini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TERIMA KASIH YG TIDAK TERHINGGA kepada bekas agency leader aku semasa di MAA & MAAT iaitu Zamri Yahya, yg merupakan sahabat baik aku, yg telah membawa aku masuk dlm industri insurance pada april 1999. Dengan bimbingan & tunjukajar beliau, aku mengenali dunia kewangan, insurance serta takaful....terlalu banyak ilmu yg aku perolehi. Dia sentiasa memberi motivasi kepada setiap agen dibawahnya. Dia seorang yg kental malah dia juga seorang leader yg hebat di MAA & MAAT. Sentiasa tersenarai dalam "Top 10 Leader". Juga tak lupa sahabat baik aku di MAAT...Tuan Zamrie Baba.....u're one of the best friend i ever had....always motivated. Tak lupa juga kepada sahabat-sahabt yg lain seperti Zainal Fikri (Among), Azly Ramli, Haris, Fahmi, Hanapiah, Burn, Ieruan (tahniah dah naik CC), Asri Kedah, Anuar Nordin, Akmal, Sarip serta ramai lagi barisan leader yg rapat dgn aku.....TERIMAKASIH SEMUA....

1 comments:

Post a Comment

Your Comment